WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Nokaen

17/01/2026 06:37 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NOKAEN) bagi ribut yang dikesan pada pukul 5 petang ini pada latitud 14.4° utara dan longitud 123.8° timur, kira-kira 104 kilometer (km) ke arah timur laut Naga City, Filipina.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan bahawa ribut tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum mencatat 74 km/j.

Jarak ribut berkenaan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,126 km ke timur laut Pitas, Sabah.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan