WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Johor Royal Press Office Siar Gambar Eksklusif Arkib Almarhum Sultan Iskandar

23/01/2026 12:02 AM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Johor Royal Press Office hari ini menyiarkan gambar-gambar eksklusif daripada arkib diraja, yang memaparkan sorotan perjalanan hidup Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail sempena ulang tahun kemangkatan Baginda.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, koleksi berkenaan menampilkan detik-detik kehidupan Almarhum Sultan Iskandar sejak kecil, termasuk peranan dan minat peribadi baginda sepanjang hayat.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, mengampunkan segala khilafnya, serta menempatkan baginda bersama-sama golongan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” menurut kenyataan itu.

Sultan Iskandar diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam Johor Bahru dan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 15 Nov 1984.

Almarhum Sultan Iskandar mangkat pada usia 77 tahun, pada malam 22 Jan 2010, selepas hampir tiga dekad memerintah negeri Johor.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan