BEIJING, 23 Jan (Bernama - CMG) -- Terdapat lebih 50,000 syarikat China yang beroperasi di 190 negara dan kawasan setakat penghujung 2025, sementara China kekal menduduki satu daripada tiga tangga teratas dalam ranking keseluruhan pelaburan di luar negara global selama sembilan tahun berturut-turut.
Pelaburan langsung asing di luar negara (OFDI) China bagi 2025 meningkat sebanyak 7.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan mencatat US$174.38 bilion (RM700.57 bilion), yang menduduki tempat terkedepan di dunia.
Menurut maklumat jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian dalam sidang media pada Khamis, peningkatan pelaburan syarikat-syarikat China di luar negara kekal stabil dan teratur dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan bersama dan berkualiti.
Mereka bukan sahaja menawarkan lebih dua juta peluang pekerjaan secara purata dalam tempoh setiap tahun untuk masyarakat tempatan, kelompok pelabur China juga menyediakan peruntukan kewangan kepada negara penerima pelaburan untuk membina kemudahan awam dalam bilangan besar yang melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan perlindungan alam sekitar.
He menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan ke-15 (2026-2030), dan pihaknya akan menyokong sektor korporat domestik mengembangkan urus niaga di arena antarabangsa, memperdalam kerjasama dalam pelbagai ekonomi baharu termasuk ekonomi digital dan pembangunan hijau, sekali gus memberikan sumbangan lebih besar kepada landskap ekonomi dunia yang memerlukan pertumbuhan stabil.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial