KINABATANGAN, 24 Jan (Bernama) -- Dua peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dari pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Inarad menjadi yang terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag, di sini 3 petang ini.
SK Inarad yang mengandungi dua saluran ditutup 12 tengah hari tadi.
Sebelum itu, kedua-dua peti undi berkenaan dibawa Ketua Tempat Mengundi (KTM) SK Inarad Ronny @ Sior Bataim dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan helikopter.
Sejurus helikopter berkenaan mendarat di padang Majlis Daerah Kinabatangan, kedua-dua peti undi itu dibawa ke Dewan Sri Lamag dengan kawalan polis.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial