NAKHON RATCHASIMA, 24 Jan (Bernama) -- Atlet memanah negara Daneshan Govinda Rajan-Wiro Julin terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara double lelaki compound selepas tewas tipis satu mata kepada gandingan Indonesia pada aksi final Sukan Para ASEAN (APG) 2025 di sini hari ini.
Dalam perlawanan penuh debaran itu, pasangan Malaysia mencatatkan 150 mata namun belum cukup dengan wakil Indonesia Arif Firmansyah-Ken Swagumilang menundukkan mereka menerusi keputusan 151-150.
Setakat ini, kem memanah para negara di APG 2025 masih belum memperoleh sebarang emas selepas mengumpul dua perak dan satu gangsa.
APG Thailand 2025 dijadual menutup tirai Isnin ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial