WILAYAH - SELATAN > BERITA

Bapa, Anak Lelaki Cedera Kereta Terbabas Ke Ruang Legar Masjid

24/01/2026 11:10 PM

SEREMBAN, 24 Jan (Bernama) -- Seorang bapa dan anak lelakinya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke ruang legar sebuah masjid di Senawang di sini malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden melibatkan mangsa yang masing-masing berusia 62 dan 12 tahun itu pada 9.16 malam.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Inokom Atos dipandu warga emas itu yang terbabas ke dalam ruang legar masjid... ketika kejadian, terdapat jemaah masjid yang baharu selesai menunaikan solat.

“Warga emas itu hanya mengalami kecederaan ringan manakala anaknya tidak sedarkan diri, dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata operasi melibatkan lapan anggota yang turut dibantu jemaah masjid itu tamat kira-kira sejam kemudian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan