WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ToC 2026: Sivasangari Tersingkir Pada suku Akhir

28/01/2026 10:34 AM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kempen pemain skuasy negara S. Sivasangari, di Tournament of Champions (ToC) 2026 berakhir selepas tewas kepada pemain nombor empat dunia Olivia Weaver dari Amerika Syarikat, pada suku akhir di New York, Selasa.

Sivasangari yang memberikan tentangan hebat tetapi akhirnya tewas 5-11, 8-11, 11-5, 8-11 kepada Weaver, yang mengawal rentak permainan dengan konsisten sepanjang perlawanan.

Pemain berusia 27 tahun itu bangkit pada set ketiga, namun Weaver kembali menguasai permainan untuk menamatkan perlawanan selepas empat set.

Kekalahan itu menamatkan cabaran Sivasangari dalam kejohanan peringkat platinum itu selepas berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Aksi kali ini juga adalah penampilan pertama Sivasangari pada peringkat suku akhir kejohanan berkenaan, selepas tersingkir pada pusingan awal pada edisi tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan