WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JPJ Negeri Sembilan Kutip RM187,100 Menerusi Lelongan 100 Kenderaan

28/01/2026 03:07 PM

SEREMBAN, 28 Jan (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengutip RM187,100 menerusi lelongan awam siri pertama tahun ini melibatkan 100 kenderaan yang disita, kata Pengarahnya Hanif Yusabra Yusof.

Beliau berkata jumlah tersebut melibatkan 95 kenderaan yang boleh dilesenkan manakala selebihnya tidak boleh dilesenkan, hasil sitaan daripada pelbagai operasi penguatkuasaan.

“Antara kesalahan utama pemilik kenderaan terbabit ialah tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans serta tiada lesen memandu.

“Bidaan tertinggi diterima ialah RM15,700 bagi sebuah lori rigid, manakala bidaan terendah RM50 membabitkan motosikal lusuh. Lelongan seumpama ini diadakan dua kali setahun dan sambutan kali ini amat menggalakkan dengan penyertaan 120 pembida,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ini lelongan awam kenderaan lucut hak masih dijalankan secara manual dan pihaknya merancang untuk melaksanakan sistem bidaan secara dalam talian di bawah seliaan ibu pejabat JPJ pada masa akan datang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan