KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menghadiri Pertunjukan Fesyen Warna Lebaran Ariani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Ketibaan baginda pada 3.15 petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Datin Seri Farah Haryani.
Tengku Permaisuri Norashikin meluangkan masa kira-kira dua jam menyaksikan pertunjukan fesyen yang memperagakan lebih 100 rekaan hijab dan busana ditawarkan gedung pakaian itu bersempena lebaran yang akan diraikan pada Mac depan.
pic-2
Koleksi tahun ini, yang membawakan sebanyak 300,000 helai busana raya merangkumi baju kurung, kebaya, kebarung, kaftan dan jubah turut menampilkan motif alam, flora serta cetakan abstrak kontemporari.
Acara itu mengetengahkan warna-warna tular tahun ini seperti Strawberry Matcha, Teal dan Lime Green yang disesuaikan dengan cita rasa semasa tanpa mengabaikan identiti klasik Ariani.
pic-3
Gedung pakaian itu menambah daya tarikan kepada koleksi pakaiannya dengan memperkenalkan duta baharunya, pelakon Bront Palarae dan menghangatkan majlis dengan pertunjukan fesyen oleh selebriti seperti Mira Filzah, Qasrina Karim, Elisya Sandha serta pempengaruh media sosial Cik Epal, Ammar Azman dan Madnor.
Pada majlis itu, turut diumumkan kolaborasi istimewa buat tahun kedua antara Ariani dengan gedung fesyen Liberty London yang berpangkalan di ibu negara United Kingdom.
pic-4
Acara turut diserikan dengan persembahan penyanyi popular tanah air antaranya Kumpulan Ruffedge, Azlina Aziz, Liza Aziz, Datuk M Nasir dan Amelina.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial