WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sempadan Rafah Di Gaza Akan Dibuka Semula Selepas 2 Tahun Ditutup

30/01/2026 10:17 PM

ISTANBUL, 30 Jan (Bernama-Anadolu) -- Israel mengumumkan pada Jumaat bahawa ia akan membuka semula sempadan Rafah di Gaza dengan Mesir bagi kedua-dua arah bermula Ahad ini, yang membolehkan pergerakan terhad orang awam selepas dua tahun ditutup.

Anadolu Ajansi melaporkan tentera Israel berkata langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang terkepung.

"Selaras dengan perjanjian gencatan senjata dan arahan daripada peringkat kepimpinan politik, sempadan Rafah akan dibuka pada Ahad ini (1 Feb) dalam kedua-dua arah bagi pergerakan terhad orang awam sahaja," kata tentera dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, urusan keluar dan masuk ke Gaza melalui sempadan tersebut akan diselaraskan dengan Mesir dan tertakluk kepada pelepasan keselamatan awal oleh Israel, di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah.

Tentera berkata pembukaan semula itu juga akan membolehkan kepulangan penduduk yang meninggalkan Gaza semasa perang, selepas penyelarasan dengan Mesir dan selepas mendapat kelulusan keselamatan Israel.

Setakat ini, belum ada sebarang ulasan segera daripada pihak berkuasa Palestin mahupun Mesir.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan