WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jabatan Negara AS Lulus Cadangan Jualan Peluru Berpandu Patriot Kepada Arab Saudi

31/01/2026 11:42 AM

WASHINGTON, 31 Jan (Bernama-Anadolu) -- Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan cadangan jualan peluru berpandu "Patriot Advanced Capability-3 Missile Segment Enhancement" serta peralatan berkaitan kepada Arab Saudi, menurut Pentagon pada Jumaat.

Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan dalam satu kenyataan yang dipetik Anadolu Ajansi memaklumkan bahawa nilai jualan itu dianggarkan berjumlah US$9.0 bilion.

"Cadangan jualan ini akan meningkatkan keupayaan Arab Saudi untuk menangani ancaman semasa dan masa hadapan dengan menyediakan peluru berpandu pertahanan udara canggih sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan udara dan peluru berpandu bersepadu (IAMD) yang telah dinaik taraf, sekali gus memperkukuh keupayaan pertahanan udaranya," menurut kenyataan itu.

Kontraktor utama bagi projek tersebut ialah Lockheed-Martin Corporation yang berpangkalan di Texas.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan