SHAH ALAM, 4 Feb (Bernama) -- Seorang penganggur yang ditahan kerana disyaki memukul dan mencabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Bukit Sentosa, Rawang, pada 29 Jan lepas akan dituduh di mahkamah selewat-lewatnya esok.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
“Saya telah dimaklumkan tangkapan dan kertas siasatan pun telah dilengkapkan dan telah mendapat arahan untuk menjalankan pertuduhan.
“Sekiranya tiada halangan, sama ada hari ini ataupun esok akan dijalankan pertuduhan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Pada 30 Jan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki memukul dan mencabul kanak-kanak perempuan itu.
Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 malam, 29 Jan dan kejadian berlaku semasa mangsa hendak ke pasar malam bersama-sama abang serta kakaknya.
Suspek yang tidak bekerja juga didapati positif dadah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial