SHAH ALAM, 5 Feb (Bernama) -- Operasi pemadaman kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Banting dekat sini berbaki 3.64 hektar daripada keseluruhan 22.66 hektar yang terjejas dalam kejadian bermula pada tengah hari Selasa lepas.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hamdan Hamzah berkata pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi berjaya memadamkan kebakaran berkeluasan 19.02 hektar setakat ini, dengan usaha hari ini dibahagikan kepada tiga sektor.
“Kebakaran masih aktif dan terdapat hotspot kecil, namun tidak menjejaskan penempatan berhampiran dan Loji Rawatan Air (LRA) berdekatan.
“Tindakan operasi hari ini melibatkan Strike Team A yang membuat pemadaman menggunakan aliran hos Wajax dari sumber air terbuka di Sektor A, Strike Team B membuat pemadaman di Sektor B manakala Strike Team C membuat pemantauan dan pemadaman menggunakan fire beater di Sektor C,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamdan berkata operasi hari ini melibatkan kekuatan 35 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi berkaitan bagi melancarkan operasi yang memasuki hari ketiga.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial