WILAYAH - TENGAH > BERITA

Bezzecchi Catat Masa Terpantas Hari Terakhir Ujian Musim Sejuk MotoGP Di Sepang

05/02/2026 09:12 PM

SEPANG, 5 Feb (Bernama) -- Pelumba Aprilia Racing Marco Bezzecchi muncul sebagai pelumba paling menonjol pada hari terakhir ujian musim sejuk pramusim MotoGP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.

Pelumba Itali itu mencatat masa terpantas satu minit 56.526 saat (s) pada sesi petang (FP6), menamatkan ujian di hadapan pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Fabio Di Giannantonio yang merekodkan masa 1:57.093 s.

Pelumba BK8 Gresini Racing MotoGP Alex Marquez melengkapkan kedudukan tiga teratas dengan catatan masa 1:57.295 s.

Terdahulu, catatan masa yang direkodkan Alex, iaitu 1:56.402 s kekal sebagai yang terpantas sepanjang ujian tiga hari itu, dengan Bezzecchi menamatkan sesi sebagai pelumba kedua terpantas keseluruhan.

Selepas berakhir ujian di Sepang, para pelumba akan menuju ke Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand bagi ujian pramusim terakhir yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 22 Feb.

Musim MotoGP 2026 akan bermula secara rasmi dengan Grand Prix (GP) Thailand dari 27 Feb hingga 1 Mac manakala GP Malaysia di SIC dijadualkan berlangsung dari 30 Okt hingga 1 Nov.  

 

10 pelumba terpantas: 

  1. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing - 1:56.526 s

Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina Enduro VR46 Racing  - 1:57.093 s

  • Alex Marquez (ESP) BK8 Gresini Racing - 1:57.295 s

  • Ai Ogura (JPN) Trackhouse MotoGP Team - 1:57.326 s

  • Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 - 1:57.440 s

  • Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing - 1:57.590 s

  • Marc Marquez (ESP) Ducati Lenovo - 1:57.602 s

  • Raul Fernandez (ESP) Trackhouse MotoGP Team - 1:57.612 s

  • Pedro Acosta (ESP) Red Bull KTM Factory Racing - 1:57.661 s

  • Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo - 1:57.726 s

  • -- BERNAMA

     

     


    BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

    Ikuti kami di media sosial :
    Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
    Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
    Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
    TikTok : @bernamaofficial

    © 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan