KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Philips Domestic Appliances memperkenalkan Philips Airfryer Siri 5000 inovasi paling canggih dan serba boleh di Malaysia, sekali gus menandakan satu penanda aras baharu dalam segmen peralatan dapur di Malaysia.
Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia Patt Sue-Ann berkata peralatan itu direka untuk merombak gaya memasak di rumah, penggoreng udara model ini menggabungkan fungsi mengukus, menggoreng udara dan mengukus dalam satu peranti canggih yang dikuasakan oleh Teknologi RapidAir™.
“Airfryer (pengoreng udara) ini bakal meningkatkan pengalaman memasak di rumah dengan menggabungkan fungsi mengukus, menggoreng udara serta pembersihan mudah dalam satu peranti, dikuasakan oleh teknologi RapidAir, bagi menghasilkan masakan yang sekata, rangup di luar, berjus dan lembab dengan penambahan fungsi mengukus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara ciri utama termasuk kapasiti 7.2 liter sesuai untuk seisi keluarga dalam menyediakan hidangan lengkap dengan mudah, Teknologi RapidAir untuk memasak dengan pantas dan sekata tanpa kesan hangus; fungsi mengukus untuk membantu mengekalkan kelembapan dan zat dalam makanan, fungsi menggoreng udara untuk hasil rangup dengan menggunakan minyak yang minimum atau tanpa minyak,
Ciri lain termasuk gabungan fungsi mengukus dan menggoreng udara yang menjanjikan tekstur, rasa dan kualiti makanan yang optimum selain fungsi SteamClean yang menggunakan wap untuk menanggalkan kesan minyak dan memudahkan pembersihan selepas memasak.
Philips Airfryer Siri 5000 melambangkan evolusi sebenar dalam masakan di rumah berkonsepkan “Masakan Lazat Kini Lebih Mudah”.
“Dengan menggabungkan kapasiti besar, teknologi memasak paling canggih dan penyelenggaraan yang mudah dalam satu peranti, peranti ini memudahkan isi rumah yang sibuk untuk menyediakan makanan sihat dan berkualiti untuk seisi keluarga dengan cepat dan mudah setiap hari,” menurut kenyataan itu.
Peralatan itu dilancarkan pada acara media eksklusif di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh lebih 50 wartawan jemputan, pencipta kandungan gaya hidup serta personaliti popular.
Majlis pelancaran berkenaan menampilkan demonstrasi memasak secara langsung oleh pencipta kandungan berpengaruh Shafique Cute, serta SteamFry Showdown yang dikendalikan Chef Sarah Huang Benjamin, yang mengetengahkan kepelbagaian fungsi, kemudahan penggunaan serta prestasi konsisten peralatan berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial