WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus Pendigitalan Negara - Gobind

09/02/2026 05:13 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Digital komited untuk memperkukuh tadbir urus pendigitalan negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata penekanan akan diberikan kepada penggubalan kerangka perundangan yang lebih komprehensif berkaitan penyalahgunaan kecerdasanbuatan (AI) dan deepfake (palsuan), pembinaan kepercayaan data, serta peningkatan literasi digital dalam kalangan rakyat.

“Pendekatan ini bertujuan memastikan hak dan kepentingan rakyat dilindungi, penggunaan teknologi berlaku secara bertanggungjawab dan beretika, serta ekosistem digital negara berkembang secara selamat, inklusif dan berdaya saing.

“Kementerian Digital mengakui bahawa ancaman keselamatan digital hari ini semakin kompleks dan memberi kesan langsung kepada rakyat serta kestabilan sosial,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata ancaman itu khususnya melibatkan peningkatan jenayah digital, penipuan dalam talian serta penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan dan deepfake yang menjejaskan integriti maklumat dan kepercayaan awam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan