WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Lelaki Didakwa Angkut 16 Migran

10/02/2026 03:47 PM

ALOR SETAR, 10 Feb (Bernama) -- Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengangkut 16 migran yang diseludup menggunakan kenderaan di Plaza Tol Jitra arah Selatan, bulan lepas.

Peniaga kantin K. Karupaya, 47, dan penyelia tapak P. Thinagaran, 43, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Karupaya didakwa mengangkut 11 migran menggunakan kenderaan Hyundai Starex berwarna putih pada kira-kira 4 pagi 14 Jan. 

Thinagaran pula didakwa mengangkut lima migran menggunakan Perodua Aruz di lokasi serta pada waktu dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada mereka dan sebutan kes ditetapkan pada 13 April untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien manakala dua lelaki itu tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan