KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran meningkat apabila ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat.
Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada US$5,069.80 bagi setiap auns troy daripada US$5,062.40 pada Selasa. Mac 2026 naik kepada US$5,086.70 daripada US$5,079.30 manakala April dan Mei 2026 menokok kepada US$5,104.40 daripada US$5,097.00.
Kontrak Jun dan Ogos 2026 turut mengukuh apabila ditutup kepada US$5,138.30 bagi setiap auns troy, meningkat daripada US$5,130.90 semalam.
Bagaimanapun, jumlah dagangan menyusut kepada enam lot daripada sembilan lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 91 kontrak daripada 95 kontrak.
Harga emas fizikal adalah pada US$5,031.40 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 10 Feb 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial