WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anwar Ingatkan Pimpinan PKR Kerja Kuat Sebagai Satu Pasukan

15/02/2026 05:07 PM

JOHOR BAHRU, 15 Feb (Bernama) -- Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan barisan pimpinan parti itu agar terus bekerja kuat serta memperkukuh semangat berpasukan dalam usaha memperkasakan perjuangan.

“Kerja kuat… kuat sebagai satu pasukan,” kata Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Presiden PKR bersama kira-kira 1,000 ahli parti di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai amanat yang disampaikan kepada pimpinan PKR Johor dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa serta Setiausaha MPN PKR Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Presiden Bersatu, Anwar berkata beliau tidak mahu campur tangan dalam isu berkenaan.

Jumaat lepas, Hamzah dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu dan keputusan dibuat oleh Lembaga Disiplin parti selaras dengan Fasal 22.5 Perlembagaan parti.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan