SEREMBAN, 16 Feb (Bernama) -- Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Kampung Kayu Ara, Mambau di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata ibu mangsa yang berusia 25 tahun membuat laporan pada hari sama memaklumkan terdapat kesan kecederaan selepas mengambil anak daripada pengasuh pada 5.10 petang.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini dan pemeriksaan mengesahkan terdapat kesan kuku dan melecet pada dada serta lebam pada pipi kiri.
“Bayi itu kini ditahan di Wad Pediatrik untuk pemerhatian lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azahar berkata susulan itu, polis menyiasat pengasuh berusia 46 tahun itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Siasatan awal mendapati wanita itu menjalankan aktiviti mengasuh selama dua tahun namun tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dalam perkembangan berasingan, Azahar berkata pihaknya sedang mengesan tiga lelaki dipercayai terlibat membaling mercun ke rumah milik warga emas di Senawang, Sabtu lepas.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban menerusi 06-603 3222 atau hadir ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial