KOTA BHARU, 16 Feb (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun ini sebanyak RM10 berbanding RM8 tahun lepas.
Yang Dipertua MAIK Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Abdul Aziz berkata bagaimanapun mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM22 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.
“Kadar nisab zakat harta pula ialah sebanyak RM37,401 untuk haul antara Ramadan 1447H hingga Ramadan 1448H.
“Jumlah ketetapan zakat fitrah dan zakat harta telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Mohamad Rizam berkata pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter baitulmal di masjid bandar dan jajahan atau menerusi portal MAIK zakat.e-maik.my.
"MAIK berharap kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan ini dan bersama-sama menghidupkan Ramadan 1447H ini dengan amalan soleh serta tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial