WILAYAH - SARAWAK > BERITA

47 Alami Keracunan Makanan Di Hotel Di Utara Jepun

17/02/2026 09:48 AM

TOKYO, Feb 17 (Bernama-Xinhua) -- Seramai 47 individu yang menjamu selera di sebuah hotel di Wilayah Aomori, utara Jepun, mengalami simptom keracunan makanan selepas norovirus dikesan, menurut media tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.

Individu terjejas mengalami simptom termasuk muntah dan cirit-birit selepas makan di Hotel Towadaso di bandar Towada, lapor Kyodo News yang memetik kerajaan wilayah.

Norovirus dikesan dalam sampel najis yang diambil daripada tetamu dan kakitangan dapur, menurut laporan itu.

Pusat Kesihatan Awam Kamikita di Bandar Towada memutuskan insiden itu sebagai kes keracunan makanan dan mengarahkan premis berkenaan menggantung operasi selama lima hari bermula Ahad, tambahnya.

Kesemua 47 pesakit dilaporkan dalam proses pemulihan.

Pihak berkuasa memaklumkan mereka mula menerima laporan pada 11 Feb apabila seorang tetamu menghubungi sebuah lagi pusat kesihatan awam untuk melaporkan simptom seperti muntah dan cirit-birit.

Siasatan oleh Pusat Kesihatan Awam Kamikita mendapati 47 individu yang menikmati hidangan di hotel itu antara 7 hingga 11 Feb kemudian mengadu mengalami simptom keracunan makanan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan