WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Ramadan

18/02/2026 07:57 PM

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua menyeru rakyat agar memanfaatkan bulan penuh keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat saling membantu antara satu sama lain.

“Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, serta seluruh rakyat dikurniakan kesejahteraan, keamanan dan keharmonian,” titah Seri Paduka Baginda berdua.

Umat Islam di seluruh negara mula berpuasa esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan