KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan bagi membincangkan kesan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran terhadap ekonomi Malaysia.
Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan kerajaan bukan hanya mahu berbincang di peringkat awal, namun mahu melihat apa keputusan yang perlu diambil kerajaan sekiranya konflik itu berterusan.
“Insya-Allah, saya akan selalu mengemas kini apa pun perkembangan yang berlaku, kesannya itu kita cuba minimumkan kepada rakyat dan juga peniaga-peniaga kecil,” katanya dalam laman sesawang X hari ini.
Selain itu, Akmal Nasrullah berkata RON95 masih kekal RM1.99 seliter.
Pada awal pagi 28 Feb, 2026, Israel dan AS melancarkan serangan udara terhadap sasaran mereka di Iran.
Tehran kemudian bertindak balas dengan menyasarkan pangkalan tentera dan kemudahan logistik AS di beberapa negara Arab, menyebabkan sekatan ruang udara meluas di seluruh rantau itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial