WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bekas Penolong Akauntan Disyaki Kemuka Dokumen Palsu RM90,000

07/03/2026 03:20 PM

KOTA KINABALU, 7 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas penolong akauntan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan kerja penyelenggaraan kira-kira RM90,000.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam dalam satu operasi yang dijalankan SPRM di sekitar bandar raya ini.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2025 dengan mengemukakan dokumen pesanan kerajaan, invois dan sebut harga syarikat yang mengandungi butiran palsu.

"Ia membabitkan pembekalan dan kerja-kerja naik taraf serta penyelenggaraan jabatan tempatnya bekerja. Suspek juga disyaki membuat lantikan terus kepada syarikat milik ahli keluarganya bagi mendapatkan suapan," kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan