WILAYAH - TIMUR > BERITA

Doktor Pelatih Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Di Asrama

07/03/2026 08:40 PM

KOTA BHARU, 7 Mac (Bernama) -- Seorang doktor pelatih wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik asrama di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenden Mazlan Mamat berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 9.55 pagi sebelum pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta Balai Polis Kuala Krai ke lokasi.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati doktor pelatih wanita berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik air asrama.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Kuala Krai menerusi talian 09-966 6222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan