WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Tahan 22 Individu Dalam Operasi ATIPSOM Di Perairan Bagan Datuk

09/03/2026 09:21 PM

IPOH, 9 Mac (Bernama) -- Polis menahan 22 individu termasuk seorang tekong dan dua pembantu tekong warga Indonesia dalam operasi membanteras penyeludupan migran di persisiran Pantai Bagan Sungai Tiang, Bagan Datuk semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata operasi itu, yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 10.50 pagi.

“Bot dipercayai membawa kesemua migran pulang ke Tanjung Balai, Indonesia... polis turut merampas bot kayu tidak bernombor bersama peralatan memasak dan alat navigasi serta telefon bimbit.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa balik ke Markas Operasi PPM Kampung Acheh untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Noor Hisam juga berkata tekong dan dua pembantunya direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 19 migran terbabit direman 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan