WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Watsons Malaysia Raikan Raya 2026 Dengan Filem Muzikal Penuh Glam!

09/03/2026 10:01 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Watsons Malaysia melancarkan kempen Aidilfitri “Pentas Raya Glam”, menawarkan pelbagai promosi menarik yang berlangsung selama sebulan sehingga 30 Mac ini.

Direka untuk menzahirkan semangat sebenar hari raya, kempen itu menampilkan promosi menarik di kedai dan dalam talian, hadiah eksklusif serta filem jenama Watsons Raya 2026 yang amat dinanti-nantikan, sebuah karya penuh warna yang mencerminkan personaliti jenama yang ceria, berani dan hubungan yang akrab dalam kalangan keluarga di Malaysia.

Watsons Malaysia dalam kenyataan memaklumkan filem jenama raya tahun ini menampilkan pengalaman muzikal yang meriah, yang dihidupkan menerusi visual berwarna-warni, koreografi dinamik serta runut bunyi perayaan yang rancak, menggambarkan keterujaan musim perayaan.

“Kisah itu berkisar kepada Kak Long dan keluarganya yang terkenal dengan tradisi lama memakai pakaian sedondon setiap kali Aidilfitri. Namun, pada pagi pertama Syawal, Kak Long terkejut apabila setiap ahli keluarga muncul dengan warna unik dan gaya glam masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Filem jenama raya yang boleh ditonton di saluran rasmi Facebook, YouTube dan Instagram Watsons Malaysia itu menampilkan Duta Watsons Ayda Jebat bersama personaliti Malaysia seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Fahrin Ahmad, Wani Kayrie, Sharifah Rose, Akhmal Nazri dan Lyssa Jean.

Watsons Malaysia turut meneruskan program jangkauan Projek Baju Raya dengan 535 sukarelawan tempatan mengumpul lebih 17,000 pakaian baharu dan terpakai daripada orang ramai serta diagihkan bersama produk penjagaan diri dan barangan keperluan kepada 32 rumah kebajikan di seluruh negara sempena Aidilfitri.

Sebagai sebahagian daripada usaha murni, Watsons Malaysia melawat Rumah Titian Kasih bagi menyumbangkan keperluan asas penjagaan diri, barangan keperluan harian, pemeriksaan kesihatan asas serta bengkel pendidikan kesihatan, selain sesi berbuka puasa khas bagi memupuk perpaduan dan kasih sayang menjelang Syawal.

“Ahli Watsons Club digalak menyumbangkan mata ganjaran kesetiaan di aplikasi mudah alih Watsons bagi menyokong Rumah Titian Kasih,” menurut kenyataan itu.

Ketika rakyat Malaysia membuat persiapan Ramadan dan bersiap sedia menyambut hari raya, Watsons Malaysia menjadikan persiapan perayaan lebih berbaloi dengan menawarkan diskaun 60 peratus bagi item kedua merangkumi pelbagai produk kosmetik, penjagaan diri, penjagaan kulit dan kesihatan.

“Mulai sekarang hingga 14 April 2026, Watsons Malaysia menawarkan lebih 1.2 juta mata ganjaran Watsons Club setiap hari, memberi ganjaran kepada ahli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM50 di kedai atau dalam talian menggunakan kad debit atau kredit VISA berpeluang menerima mata ganjaran menarik, tawaran eksklusif serta kejutan perayaan sepanjang tempoh kempen.

“Bagi menjadikan setiap perjalanan pulang berhari raya lebih istimewa, ahli juga akan menerima Hadiah Percuma dengan Pembelian (GWP) eksklusif seperti sampul raya, kotak tiffin dan beg perjalanan lipat yang sesuai untuk dijadikan hadiah, dibawa pulang ke kampung atau diraikan bersama keluarga tersayang,” menurut kenyataan itu.

Sebagai menyokong usahawan tempatan, Watsons Malaysia meneruskan kempen ‘Sapot Lokal’ dengan menampilkan pilihan jenama M-Beauty dan pelanggan yang membeli jenama Malaysia akan menerima Bayu Somerset Raya Tote Bag rekaan eksklusif secara percuma sementara stok masih ada.

Musim perayaan itu turut diperkaya dengan kolaborasi eksklusif termasuk set hadiah Naturals by Watsons x Bunga dan Bintang Raya, iaitu koleksi 14 rangkaian hadiah bagi penjagaan badan dan rambut.

Menambahkan lagi keterujaan, pelanggan juga boleh menemui koleksi beg tular Machino x Watsons Limited Edition Hana Box yang dihasilkan khas untuk musim perayaan dan sesuai dijadikan hadiah atau dipadankan dengan OOTD Raya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Operasi Health & Beauty Asia di AS Watson Group Caryn Loh berkata kempen berkenaan bertujuan menonjolkan kisah bermakna yang dekat di hati rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan.

“Setiap kali raya, kami berusaha menghasilkan kisah bermakna yang benar-benar menyentuh hati rakyat Malaysia. Melalui filem dan kempen tahun ini, kami berharap dapat menginspirasikan semua untuk meraikan perbezaan, menghargai ikatan kekeluargaan serta berkongsi rezeki dengan mereka di sekeliling kita.

“Kami percaya setiap individu berhak menikmati kehidupan yang lebih baik, lebih sihat dan lebih bahagia. Melalui sambutan dan keprihatinan, kami kekal komited untuk memberi impak positif kepada masyarakat, melangkaui perniagaan runcit,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan