WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jepun Mohon Pembebasan Awal Dua Warga Jepun Yang Ditahan Di Iran

10/03/2026 05:25 PM

TOKYO, 9 Mac (Bernama-Xinhua) -- Jepun pada Isnin meminta Iran untuk membebaskan awal dua warganegara Jepun yang ditahan di negara Timur Tengah itu, menurut kementerian luar, lapor Xinhua.

Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi mengemukakan permohonan itu semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran Abbas Araghchi, menurut kementerian itu dalam kenyataan akhbar.

Sebagai maklum balas, Araghchi menyatakan bahawa Iran akan terus bekerjasama bagi menjamin keselamatan rakyat Jepun.

Motegi turut menyatakan kebimbangan terhadap serangan berterusan yang saling berbalas dan kemerosotan situasi serantau, serta menggesa agar ketegangan dikurangkan dengan segera.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan