PARIS, 12 Mac ( Bernama-CMG) -- China konsisten dan proaktif dalam memberikan sumbangan yang mendorong pembangunan tenaga nuklear di peringkat dunia, bertepatan dengan konsep keselamatan nuklear yang diketengahkan Presiden Xi Jinping yang menekankan kerasionalan, koordinasi dan kemajuan bersama.
Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing ketika menghadiri dan menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Nuklear (NES) ke-2 di sini pada Selasa.
Zhang sebagai Wakil Khas Presiden Xi Jinping yang juga merupakan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata, negaranya bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Tamadun Global dan Inisiatif Tadbir Urus Global, di samping bersama-sama mendorong inovasi dalam pembangunan tenaga nuklear, memastikan keselamatan pengeluaran terjamin, dan mengeratkan kerjasama industri demi situasi menang-menang.
"Tenaga nuklear boleh dimanfaatkan dan dijadikan lebih relevan dalam pembangunan dan kemakmuran pelbagai negara, malah memberi sumbangan baharu bagi pembinaan dunia yang bersih, indah dan mampan serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan'" kata Zhang.
Turut hadir, pemimpin negara dan kerajaan atau wakil peringkat tinggi dari lebih 30 buah negara serta pegawai pertubuhan antarabangsa berkenaan. Mereka telah bersama mengeluarkan Kenyataan NES 2026 yang bertajuk "Memanfaatkan Tenaga Nuklear yang Selamat dan Mampu Milik untuk Semua".
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial