WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Mohon Bantuan Kesan Lelaki Hilang Selepas Dihantar Ke Stesen Bas

13/03/2026 01:36 PM

IPOH, 13 Mac (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dilaporkan hilang sejak 14 Feb selepas dihantar ke Stesen Bas Gerik. 

Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Abdul Samad Othman berkata Nik Aizat Al Hafiz Nik Ramlee, 30, kali terakhir dilihat pada 10 pagi di stesen bas itu selepas dihantar oleh ibunya untuk ke Kuala Lumpur. 

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu hendak mencari kerja namun tiada khabar berita diterima selain gagal dihubungi keluarga.

“Ibu lelaki itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada Selasa lepas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Samad berkata lelaki itu berketinggian 165 sentimeter, berkulit kuning langsat dan bertubuh kurus.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat menerusi talian 019-2403992 atau IPD Gerik 05-7912222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan