WILAYAH - SARAWAK > BERITA

China Akan Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Iran, Jordan, Lubnan, Iraq

18/03/2026 03:12 PM

BEIJING, 18 Mac (Bernama-CMG) -- China memutuskan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq.

"Kami berharap bantuan itu dapat mengurangkan kesukaran kemanusiaan yang dihadapi rakyat di rantau berkenaan," kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada Selasa.

Untuk rekod, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) baru-baru ini menyifatkan krisis semasa di Asia Barat sebagai "kecemasan kemanusiaan serius", yang sudah menyebabkan lebih 25 juta orang di rantau itu menjadi pelarian. 

Iran mengalami kehilangan besar nyawa, lebih kurang 800,000 orang di Lubnan menjadi pelarian, manakala Jordan dan Iraq juga turut terjejas. 

Lin Jian menyatakan bahawa China dengan teguh mengamalkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dan menjunjung semangat internasionalisme dan kemanusiaan. 

"China berdukacita dan menyampaikan rasa simpati kepada rakyat Iran dan negara-negara di rantau itu. 

"China akan terus berusaha sedaya upaya untuk mendorong gencatan senjata, mewujudkan pemulihan semula keamanan dan ketenteraman di rantau itu, serta mengelakkan krisis kemanusiaan daripada meluas lagi," kata Lin.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan