WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung Terbakar Lagi

21/03/2026 10:16 AM

NIBONG TEBAL, 21 Mac (Bernama) -- Tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di sini dilaporkan terbakar awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 5.40 pagi. 

“Kebakaran melibatkan sampah di tapak pelupusan dengan anggaran keluasan 10,000 kaki persegi atau 0.093 hektar.

“Kerja pemadaman sedang dilakukan termasuk dengan bantuan dua unit jengkaut membuat pemisah api bagi mengawal kemerebakan yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi masih dijalankan setakat ini melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan BBP Sungai Bakap. 

Operasi turut melibatkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Jawi, Nibong Tebal, Valdor serta Parit Buntar.

Kebakaran sisa pepejal di tapak pelupusan sampah itu pernah berlaku pada 8 Feb yang mengambil masa sembilan jam untuk dipadamkan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan