WILAYAH - TENGAH > BERITA

Lelaki Ditahan Disyaki Curi Kabel TM

24/03/2026 08:12 PM

IPOH, 24 Mac (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki di kawasan kebun kelapa sawit di Bandar Lagenda dekat Teluk Intan, semalam, selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira 11 malam oleh sepasukan anggota Balai Polis Teluk Intan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak menerusi Ops Ronda Cegah Jenayah.

"Lelaki terbabit disyaki mencuri kabel di sekitar Teluk Intan. Pemeriksaan lanjut di lokasi terbabit menemukan satu guni mengandungi pelbagai wayar tembaga yang telah dibakar dan disyaki milik TM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes narkotik namun hasil ujian air kencing mendapati dia negatif terhadap dadah.

Lelaki itu kini direman hingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan