BACHOK, 26 Mac (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Tepus Gunong di sini sejak 19 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata Wan Mohd Azwan Wan Mohamad Abdul Rawi, 40, telah keluar rumah pada tarikh kejadian dan hingga kini masih belum pulang serta gagal dihubungi.
"Laporan polis telah dibuat oleh abang mangsa di Balai Polis Gunong pada 21 Mac, lebih kurang 12.30 tengah hari.
"Wan Mohd Azwan mempunyai ketinggian 168 sentimeter, berat 80 kilogram, berkulit sawo matang, berjambang dan berambut lurus. Semasa keluar rumah mangsa memakai jaket tetapi tidak pasti warnanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sekiranya orang ramai terdapat sebarang maklumat mengenai mangsa boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di talian 09-7788 222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial