WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Harga Minyak Naik Lagi, Brent Meningkat Hingga US$120 Setong

30/03/2026 04:13 PM

NEW YORK/LONDON, 30 Mac (Bernama-dpa) -- Harga minyak meningkat Isnin pada permulaan minggu dagangan kelima sejak bermulanya perang Iran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Harga minyak mentah Brent Laut Utara untuk penghantaran Mei melonjak empat peratus semalaman kepada hampir AS$117 setong (159 liter).

Hal Itu membawa kepada harga minyak menghampiri paras tertinggi sementara AS$119.50 yang dicapai tiga minggu lepas.

Pada awal pagi, harga berada pada AS$115.55, 2.7 peratus lebih tinggi daripada pada akhir minggu  lalu.

Brent meningkat hampir 60 peratus sejak permulaan perang Iran. Harga untuk gred minyak mentah lain juga telah melonjak secara mendadak sejak serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS)ke atas Iran.

Satu tong minyak mentah WTI AS berharga lebih AS$100 pada pagi Isnin iaitu lebih 50 peratus lebih tinggi sebelum perang Iran bermula.

Lonjakan harga membawa kesan kepada ekonomi dan pengguna di seluruh dunia, antaranya peningkatan kos bahan api.

AS dan Israel meneruskan serangan mereka ke atas Iran. Tentera Israel menyatakan bahawa "infrastruktur ketenteraan" di ibu negara Iran, Tehran, menjadi sasaran, tanpa memberikan butiran lanjut.

Sebelum itu, Presiden AS Donald Trump memuat naik hantaran di platform Truth Socialnya: "Hari yang hebat di Iran," mendakwa tentera AS telah menyerang dan memusnahkan "banyak lokasi yang telah lama disasarkan.”

Iran meneruskan serangan balasnya ke atas Israel dan negara-negara Teluk berdekatan.

Sementara itu, Trump, dalam temu bual dengan Financial Times, berkata beliau mahu menguasai minyak Iran.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan