WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jumlah Daerah Catat Cuaca Panas Tahap 1 Di Kedah Berkurangan Setakat 4 Petang

30/03/2026 08:37 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Jumlah daerah yang mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di Kedah menyusut kepada tujuh setakat 4 petang ini berbanding sembilan pagi tadi, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan data dikemas kini jabatan itu, daerah Pulau Langkawi dan Kubang Pasu tidak lagi berada dalam senarai tersebut manakala Marudi di Sarawak menjadi kawasan terbaharu diletakkan di bawah status berjaga-jaga.

Tujuh daerah yang masih terlibat di Kedah ialah Kuala Muda, Kota Setar, Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena manakala seluruh negeri Perlis kekal pada tahap sama.

MetMalaysia turut mengesahkan bahawa tiada kawasan yang mencatatkan gelombang haba Tahap 2 setakat petang ini.

Status berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius manakala Tahap 2 (gelombang haba) merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius.

Kedua-dua tahap dicatatkan sekiranya suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan