WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Tahan Lelaki, Rampas Lebih Satu Kilogram Methamphetamine

03/04/2026 11:38 AM

KUANTAN, 3 April (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat pengedaran dadah dan merampas methamphetamine seberat lebih satu kilogram daripadanya dalam serbuan di kawasan Charuk Puting, Temerloh awal pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahrun berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 5 pagi menerusi Op Tapis hasil maklumat berkaitan aktiviti pengedaran barang larangan itu.

“Polis merampas empat peket plastik berwarna merah jambu disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine dianggar seberat 1,024.63 gram serta menyita sebuah kereta jenis Honda HRV dengan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM112,252.50,” katanya.

Beliau berkata lelaki terbabit yang memiliki rekod berkaitan penyalahgunaan dadah kini direman lima hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Nasyim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah supaya menyalurkannya kepada polis menerusi talian 09-2716222 atau e-mel kpdtemerloh@rmp.gov.my atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan