LUNDU, 3 April (Bernama) -- Cadangan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu yang baharu di lokasi yang telah dikenal pasti sedang di peringkat kelulusan Kerajaan Negeri Sarawak, kata Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri.
Nancy yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pembinaan premis itu penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya dari segi keselamatan, kecekapan operasi serta memenuhi keperluan masyarakat setempat.
"Status projek itu masih belum dimuktamadkan kerana tanah berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan memerlukan kelulusan lanjut.
“Permohonan ini perlu dibawa ke peringkat negeri sebelum sebarang keputusan rasmi dapat dibuat,” katanya ketika ditemui selepas Lawatan Kerja Rasmi ke Pejabat Daerah Lundu dan Sesi Penyerahan Sumbangan Peralatan Program Rangkaian Kasih di sini hari ini.
Beliau berkata projek pembinaan Balai Polis Sematan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pula telah pun diluluskan dengan melibatkan kerja-kerja meroboh serta membina semula bangunan dengan kos dianggarkan kira-kira RM2 juta.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial