IPOH, 3 April (Bernama) -- Program Jualan Agro MADANI Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak menawarkan pelbagai jenis ikan segar pada harga murah dengan bekalan mencecah 10 tan metrik bagi membantu rakyat mendapatkan produk laut pada harga berpatutan.
Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata inisiatif itu hasil kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Tinggi yang merupakan antara kawasan pendaratan ikan utama di Perak.
Beliau berkata pelbagai spesies ikan dibawa termasuk bawal emas, kembung, selayang, gerut-gerut serta makanan laut lain seperti udang, sotong, kerang dan ketam yang dijual pada harga 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
“Jualan ini bagi membolehkan rakyat menikmati bekalan makanan pada harga rendah dan segar. Satu kilogram kerang juga akan diberikan percuma kepada pembeli bertuah,” katanya pada sidang media di reruai Jualan Agro MADANI LKIM sempena PMR 2026 Perak di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak kira-kira 3.5 tan metrik ikan disediakan untuk dijual bermula 9 pagi hingga 7 malam setiap hari pada program bermula hari ini hingga Ahad.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial