ISTANBUL, 3 April (Bernama-Anadolu) -- Kyrgyzstan menghantar 129 tan bantuan kemanusiaan ke Iran, termasuk 66 tan makanan dan 63 tan ubat-ubatan, di tengah-tengah konflik yang sedang berlaku, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik pengumuman daripada Kementerian Situasi Kecemasan pada Jumaat.
Bantuan termasuk tepung, daging dalam tin, minyak sayuran dan ubat-ubatan penting.
“Bantuan bertujuan untuk membantu penduduk awam yang terjejas,” menurut kementerian itu.
Asia Barat berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari, yang meragut nyawa lebih daripada 1,340 orang setakat ini, termasuk Ayatollah Ali Khamenei.
Iran pula bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel, Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, menyebabkan kematian dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial