WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KSU Kementerian Komunikasi Tinjau PMR 2026 Perak, Santuni Pengamal Media

04/04/2026 02:37 PM

IPOH, 4 April (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah hari ini meluangkan masa menyantuni petugas media di Pusat Media Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak yang sedang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini.

Turut hadir Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Abdul Karim Fakir Ali, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC Bukhari Yahya, Pengarah MCMC Negeri Perak Mohd Irwan Mohamad serta Pengarah Jabatan Penerangan Perak Azrul Hassan.

Selain beramah-mesra dengan kira-kira 40 pengamal media pelbagai agensi yang membuat liputan program itu sejak semalam, Abdul Halim turut mengambil kesempatan menyampaikan cenderahati kepada mereka.

Terdahulu, beliau yang tiba sekitar 11 pagi turut melawat reruai agensi yang terlibat, termasuk reruai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bagi meninjau perkhidmatan serta inisiatif yang ditawarkan kepada orang ramai.

Perak yang membuka tirai PMR 2026, menyasarkan kira-kira 100,000 pengunjung bagi program tiga hari bermula semalam itu, dengan menawarkan lebih 200 perkhidmatan kerajaan serta pelbagai aktiviti menarik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan majlis perasmian petang ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan