WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sembilan Ditahan Disyaki Terlibat Kes Samun Berkumpulan Di Miri

04/04/2026 05:38 PM

KUCHING, 4 April (Bernama) -- Sembilan individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat kes samun berkumpulan di sebuah rumah di Goodwill Garden, Batu Niah, Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata dalam kejadian pada 27 Mac lepas itu, mangsa melaporkan sekumpulan suspek dipercayai telah memecah masuk melalui pintu hadapan ketika mangsa berada di dalam rumah.

“Suspek kemudian bertindak menahan mangsa dan melarikan pelbagai barangan berharga, termasuk dua unit telefon bimbit, sebuah ‘tablet’ serta dua bentuk cincin emas.

“Bertindak atas maklumat dan melalui pelaksanaan Ops Casa oleh pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, lima suspek berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Farhan berkata susulan itu empat lagi suspek ditahan semasa operasi mengesan dijalankan dan merampas barangan dipercayai milik mangsa iaitu seunit telefon bimbit serta dua cincin emas bagi membantu siasatan. 

Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati kesemua suspek berusia antara 17 dan 48 tahun, positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan