WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Projek NRW Kebangsaan Di Sarawak Tingkat Kualiti Infrastruktur Air Luar Bandar - Fadillah

13/04/2026 07:27 PM

KUCHING, 13 April (Bernama) -- Inisiatif strategik kerajaan Persekutuan bagi mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Sarawak terus diperkasakan menerusi penyerahan Projek Siap Program NRW Kebangsaan Pendekatan 1 di Stesen Pam Penggalak Sungai Lumut, Santubong.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek berkenaan merupakan langkah proaktif dalam menambah baik sistem bekalan air melalui penambahbaikan sistem pengukuran, kawalan dan pemetaan rangkaian bekalan air yang lebih efisien.

“Stesen ini merupakan infrastruktur kritikal di kawasan Santubong yang berfungsi memastikan kestabilan tekanan dan bekalan air harian kepada penduduk dan sektor pelancongan setempat.

“Dengan kapasiti 3.00 Juta Liter Sehari (MLD), ia mampu memberi manfaat kepada hampir 10,000 penduduk dengan memastikan aliran air yang kuat ke kawasan jauh seperti Kampung Sungai Lumut, Kampung Buntal, Kampung Santubong dan kawasan Damai," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata projek berkenaan memberi tumpuan khusus kepada pemasangan dan penggantian meter System Input Volume (SIV) serta meter pengguna bagi meningkatkan ketepatan data dan keberkesanan pengurusan aset.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pembangunan sistem pemetaan berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GIS) turut dilaksanakan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan