WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Selamatkan Lelaki Bogel Kurang Siuman

20/04/2026 03:03 PM

GEORGE TOWN, 20 April (Bernama) -- Lelaki kurang siuman yang berjalan dalam keadaan bogel di kawasan Lebuh Bukit Jambul di sini pada Khamis lepas, kini dirawat di Wad Psikiatri Hospital Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake dalam kenyataan hari ini berkata lelaki tempatan berusia 44 tahun itu berasal dari Batu Kurau, Perak dan usaha mengesan waris sedang dijalankan. 

“Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 10.40 pagi dan berjaya menahan lelaki itu di persimpangan lampu isyarat di situ dengan kerjasama petugas ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,” katanya. 

Terdahulu, beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan