WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bekas Penyampai Radio RTM Mariamah Tijo Meninggal Dunia

23/04/2026 10:00 AM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bekas penyampai radio terkenal di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mariamah Tijo meninggal dunia pada usia 76 tahun, awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pada kira-kira 5 pagi.

Anak sulungnya Muhammad Hafiez Othman, 53, berkata arwah ibunya dibawa ke hospital itu selepas mengalami sesak nafas pada malam Selasa lepas.

“Arwah mempunyai beberapa penyakit termasuk strok sejak empat tahun lepas, namun dimasukkan ke hospital dua hari lepas kerana sukar bernafas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan SS15 Subang Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 sebelum zuhur.

Allahyarham pernah menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA pada 20 Mac 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan