KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Malaysia, Desa Petaling sejak Jumaat lepas, ditemukan selamat di Jeram, Selangor.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata mangsa ditemukan kira-kira 9.15 pagi, di sebuah kediaman di Kampung Bukit Kuching Tengah.
Beliau berkata kehadiran mangsa disedari oleh seorang penduduk tempatan, selepas remaja berkenaan datang ke rumahnya untuk menumpang mengecas telefon bimbit.
“Bertindak atas maklumat dan hebahan media sosial, penduduk itu segera menghubungi ahli keluarga mangsa dan pihak polis.
“Mangsa kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi urusan dokumentasi dan pemeriksaan lanjut, sebelum diserahkan semula kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Rosdi turut merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama dan keprihatinan dalam membantu mengesan mangsa sehingga ditemukan semula.
Semalam, polis mempergiatkan usaha mengesan mangsa yang dilaporkan hilang dari kediamannya di PPR berkenaan pada 24 April.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial