BERITA TERGEMPAR   LUBNAN RUGI SEHINGGA US$160 JUTA SEHARI AKIBAT KONFLIK - PERSATUAN EKONOMI | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SUKMA 2026: Sultan Selangor Sukacita Hasil Perbincangan Dengan KBS

29/04/2026 09:24 PM

SHAH ALAM, 29 April (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita hasil pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berhubung penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut berpuas hati dengan langkah pihak penganjur untuk mengurangkan perbelanjaan selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

“Baginda turut menegaskan agar setiap perbelanjaan SUKMA kali ini mesti tertumpu kepada perkara penting sahaja dengan memberi fokus kepada pembangunan sukan dan atlet muda pada peringkat tempatan,” menurut hantaran itu.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini. 

Yang turut diperkenan menghadap ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan penganjuran SUKMA 2026 dari 15 hingga 24 Ogos akan diteruskan setelah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin. 

KBS memaklumkan Sultan Selangor memberi perkenan itu setelah menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 April. 

-- BERNAMA 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan