WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KPDN Johor Rampas 10,300 Liter Diesel Di Ulu Tiram

02/05/2026 11:01 AM

JOHOR BAHRU, 2 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menumpaskan kegiatan urus niaga diesel haram menerusi Ops Tiris 4.0 di sebuah premis perindustrian di Ulu Tiram, di sini pada 30 April.

Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo berkata seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan hasil risikan Bahagian Penguat Kuasa KPDN negeri.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis itu tidak memiliki sebarang lesen sah untuk menjalankan aktiviti berkaitan diesel.

“Modus operandi kegiatan ini dipercayai berselindung di sebalik nama perniagaan sebagai pemborong minyak diesel.

“Bekalan didapati daripada syarikat pembekal sebelum dijual kepada syarikat pengangkutan tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menyita kira-kira 10,300 liter minyak diesel, tangki skid, set pam bahan api lengkap dengan muncung dan hos serta dokumen urus niaga dengan keseluruhan rampasan bernilai RM85,736.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan