WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kanak-kanak Perempuan 10 Tahun Ditemukan Lemas Di Jeram Toi

03/05/2026 09:09 AM

SEREMBAN, 3 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun ditemukan lemas, selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam buatan di Taman Eko Rimba Jeram Toi, Jelebu, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu Supt Azizan Said berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) pada 5.44 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa datang ke lokasi kejadian bersama ahli keluarga untuk berkelah. Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam kolam berkenaan.

“Ibu mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa tenggelam ke dasar kolam. Ibunya memaklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak pandai berenang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil bantuan pengunjung yang berada di tempat kejadian, menemukan mangsa di dasar kolam dan dia dibawa ke Hospital Jelebu untuk menerima rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia pada 2.58 petang.

Azizan berkata bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan